BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
hunny wunny ^_^

Friday, 2 December 2011

G.E.N.G part 1 -epilog

Cuti tamat SPM yang teramatlah membosankan sudah pun berlalu. Aku bakal meneruskan pengajian yg lebih mencabar di sebuah institusi pengajian tinggi yang popular dengan kejayaan projeknya dibawah fakulti kejuruteraan dengan menghasilkan kereta berkuasa solar. Namun, kejuruteraan bukanlah bidang yg aku impikan untuk meneruskan pengajianku disini, minatku yang menggunung pada bidang sains ingin aku tingkatkn lagi, maka satu keputusan telah dibuat, aku mendaftarkan diriku atas program diploma fisioterapi untuk tiga tahun. Mengapa fisioterapi menjadi pilihanku? sedangkan banyak lagi kursus berkaitan dengan sains yg ditawarkan. Aku tekad dengan keputusan ini disebabkan aku mempunyai satu kelebihan iaitu mengurut. Setiap malam aku akan urut ibuku kerana dia mengadu sakit belakang setelah penat seharian melakukan kerja-kerja rumah sambil mengurus makan dan pakai cucu-cucunya. Ibu hanya mahukan aku yg mengurutnya, bukan abang mahupun ayah sendiri. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, katanya sedap bila aku urut malah lega rasanya. Seolah-olah sakitnya hilang. Jadi, disebabkan itulah aku ingin mendalami ilmu fisioterapi.

Hari pendaftaran sudah muncul. Aku ditemani keluargaku ke universiti tersebut. Lokasinya terletak di Shah Alam. Tempat ini bukanlah suatu yg asing bagi aku dan keluargaku. Aku diarahkan untuk masuk ke dewan utama dimana proses pendaftaran berlangsung. Datang seorang lelaki yg memakai tanda nama dengan tulisan 'fasilitator' kemudian bertanyakan soalan padaku 'awak ambil course apa?', terus aku membalas, 'physio'. Aku lihat riak muka lelaki itu berubah. 'ok, adik terus pergi ke meeting room tingkat 1 bangunan sebelah ni ya' katanya sambil menunjuk arah bangunan yg harus aku pergi. Aku beritahu pada ibubapaku yg aku harus ke tempat lain. Setelah sampai di meeting room tersebut, aku lihat agak ramai orang yg sudah berada di situ. Aku agak hairan, mengapa semua pemohon kursus ini harus melalui proses sebegini? sedangkan yang lain semua melalui proses di dalam dewan utama tadi. Mesti ada sesuatu yg tidak kena. Masing-masing dijemput untuk masuk ke bilik khas. perbincangan bermula apabila seorang pensyarah mengenalkan dirinya. Dia terlebih dahulu meminta maaf kepada semua kerana menyulitkan keadaan. aku makin tidak faham akan apa yg berlaku. Dia memberitahu bahawa kursus ini tidak dapat diteruskan kerana terdapat masalah berkaitan kelulusan akreditasi. Masing-masing tercengang dari apa yg didengar. Kemudian...



*nantikan sambungannya :)


No comments:

Post a Comment